Offer Further Study =)

Assalammualaikum.. Apakah maksud entri aku kali nie ? Study ? hmm.. yeke nie.. macam tipu jee..
Firstly, aku nak bagitahu yang zaman PLKN aku sudah pun berlalu dan kini aku bebas dari belenggu
itu buat selamanya.. Im so glad with that ! Entri pasal PLKN sudah pun aku paparkan, dan kini entri
mengenai tajuk hari nie pulak yee..

   Alhamdulillah, permohonan dan doa aku serta mama ayah dan sesiapa sahaja yang mendoakan aku
termakbul ! SYUKUR KE HADRATMU YA ALLAH =]
Aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat
(Rangkaian) di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.. Takde apa yang dapat aku ucapkan melainkan
syukur yang tidak terhingga !! Allahhu Akhbar !
untuk program nie, aku ditawarkan 6 semester bersamaan 3 tahun :3
aku mohon masa bulan lepas bagi katergori Lepasan Kolej Komuniti..
Permohonan aku buat masa 15HB 10 2013 yang lepas masa aku balik cuti sempena Raya Haji dari
PLKN.. itu pun sebab Shu dengan Emy yang inform dekat aku.. kalau tak memang terlepas lah
gamaknya.. yelah, dekat PLKN aku nie ibarat terputus dengan dunia luar, kalau takde yang inform
memang macam tu jelah aku sampai tamat latihan.. dahlah tarikh tutup permohonannya 18HB tu tak silap
aku.. memang terkejark kejarlah, dengan nak beli no.pin nya, nak kena tahu HPNM untuk keseluruhan
sem.. hmm, aku bernasib baik sebab no.pin BSN tu boleh beli dekat mana mana cawangan yang ada
mesin dia, masa tu aku beli dekat Petronas Bukit Sentosa.. harganya RM10.60..
then aku ke kolej aku untuk ambil transkrip bagai tu.. sampai sampai je kolej sorang lecturer pun takde --"
bapak stress nya, so aku dengan mama pun tunggulah dekat hall tu menanti mana mana lecturer datang..
masa tu aku pergi kolej dengan parent aku..
then tunggu punya tunggu, adalah sorang kakitangan kolej wanita nie, aku cakap lah apa tujuan aku
ke kolej tu then dia cuba hubungi unit exam sebab masa tu takde orang dekat dalam bilik tu..
tak lama kemudian, Encik Tarmizi pulak datang, aku pun bagitahu balik apa tujuan aku ke kolej tu..
then dia kata, awak datang tak kena time nie, unit exam takde, ramai lecturer dah cuti..
aku pun semacam lah tersangat hampa, hm. aku cakap lah yang aku baru je dapat cuti balik dari PLKN..
then encik tu ikhtiar kan jugak nak tolong aku, dia bukak kan online apa tah untuk tengok HPNM aku..
dia kata, nie saya cuba je ye.. kalau ada rezeki awak ada lah, kalau tak kena datang lain kali lah..
aku pun berdoalah dalam hati harap harap apa yang aku inginkan dapat hari tu jugak..
tak lama lepas dia cek tu, Alhamdulillah ada pun nama aku.. dan HPNM  aku 3.88... Ya Allah bestnya
dengar, dia pun bagitahu dan dia bagi 1 note kecik + pen untuk aku tulis..
then aku ucapkan jutaan terima kasih dekat dia.. bersyukur sangat.. settle urusan aku nak mohon
politeknik tu.. kalau takde masa tu, memang tak dapat nak apply lah, sebab aku mana ada cuti
dah, dahlah susah gila nak apply cuti dekat kem tu.. lagi 1, nak apply poli nie kena guna HPNM  tu,
kalau tak nanti dah belajar beberapa bulan dah kena tendang.. tak pasal pasal.. okay, habis pasal
permohonan nie.. sambung dekat bawah pulak.. :*

   Akhirnya tercapai jugak impian aku nak sambung belajar lepas balik dari PLKN.. pepatah mengatakatan, "Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan".. memang ini perancangan aku pun sebenarnya,
aku plan yang lepas tamat je zaman di Kolej Komuniti Hulu Selangor, aku nak pergi PLKN then sambung
belajar dekat politeknik.. macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. dan aku akan rasmi menjadi
pelajar poli pada hari Isnin hadapan (25 Nov 2013).. macam macam perasaan yang ada sekarang nie,
even aku happy sebab tawaran nie.. tapi dalam masa yang sama aku sedih nak tinggalkan segalanya..
mama, ayah, abang, rumah, katil, kucing, semualaa... =(  =(
Hmm, nak taknak aku kena tempuhi jugak, sebab nie masa depan aku.. aku jugak happy sebab dekat poli
tu aku dapat bersama dengan membe membe kolej aku dulu >>Shu, Emy, Hani, Azrul + Izwan<<
Okaylah ada geng, lagipun semua sekelas.. Tak sangka, kitaorang dapat 1 poli, just kamsis (asrama) laa masing masing lain.. macam diaorang bertiga Blok 1, aku sorang je Blok 2.. its okay, yang penting
poli dah beri kemudahan tempat tinggal, tu pun dah cukup bagi aku dari ada sesetengah poli tu kena
buat permohonan bagai, kalau ada rezeki adalah, kalau takde kena cari rumah.. hmm kesian student poli lain tu.. lagipun dekat kelas, kafeteria, surau still boleh jumpa ^_^

   Semua persediaan dah dikatakan settle, tinggal nak cek balik semua dokumen + borang, takut takut
ada yang tertinggal.. bukannya dekat woyy nak patah balik bagai.. Muadzam sana tu haa..
so memandangkan esok adalah hari terakhir aku berada di rumah, aku nak cek balik semua..
dari borang sampai lah ke keperluan aku.. emosi aku pun kena cek jugak, bhahahaha =P
malam nie aku nak settlekan semua, upload semua gambar PLKN, edit entri blog.. sebab next week
memang aku dah busy gila.. almaklumlaa, lepas daftar ada MSK seminggu then dah start kelas..
dah start kelas, assignment pun startlah kan ? Muahahaha, pishang lah otak aku menghadap semua tu nanti..
apa pun, kena tabah jugak menghadapi dugaan, berjauhan dengan mak ayah+keluarga, kena
mulakan hidup baru dekat sana, berdikari macam dekat PLKN dulu.. 3 tahun weyhh !
aku percaya, 3 tahun tu sekejap je pejam celik pejam celik.. tak lama.. hahaha.. sangat laa...

   Esok dah hari Ahad, so aku memang akan memanfaatkan setiap detik yang berlalu dekat rumah aku
yang tercinta nie bersama sama mama, ayah dan abang.. lepas nie tak dapat dah nak bangun bangun
lambat, tengok tv & online selalu, makan minum sesuka hati.. hmm kompem rindu.. tak dapat
dah tidur atas katil aku yang best tu, tak dapat dah tidur lambat sebab kena bangun awal pergi kelas
pecah otak belajar =( Takpelah, demi sebuah kejayaan yang diimpikan, akan aku hadapi semua
rintangan dan cabaran yang datang.. You can do it Yana !! Chaiyokkkk
Actually, mata aku dah mengantuk gila gila nie, pedih kot.. tapi aku nak settlekan semua apa yang
patut.. baru senang aku nak further study, takde yang tertangguh.. so aku kena upload sampai
success jugak gambar PLKN tu + edit blog nie.. harap semua enjoy dengan entri aku kali nie
dan aku mohon maaf andai ada yang mengarut ngarut atau apa apa jelah ye.. Aku mengharapkan
doa dari semua pihak especially mama, ayah dan keluarga aku serta sahabat handai dan semua..
aku berjanji akan berusaha sehingga aku berjaya kelak ! Capai impian aku untuk jadi juruteknik komputer
atau pensyarah komputer.. Aminnn.. See you'alls next entri, insyaAllah kalau aku tak berapa nak busy,
aku akan selalu update dari masa ke masa yee.. doakan aku berjaya untuk menempuh hidup baru di sana
sebagai seorang pelajar Politeknik Muadzam Shah.. Kbai.. tengok je tawaran aku yang sempat aku capture.. hee :*
# Assalammualaikum semua.. <3


Haa, nampak tak nampak tak ? Nama aku tu, hehehe.. Alhamdulillah =)

Comments

Popular posts from this blog

Firstly, Secondly, Thirdly

2 IN 1 Story =>

New Lappy, Syukran Bunda Roslina =*