PLKN is my memories ( PART 1 )

Assalammualaikum.. Yuhuu semua.. Fuh fuh ! Dekat for 3 months kita tak bersua.. cehwah ! Act, aku baru
sahaja tamat Program Latihan Khidmat Negara. Haa, baca tak apa yang aku tulis tu ? Macam tak percaya kan ? But that's a reality.. hee, syukur ke hadrat Ilahi sbb dengan bangganya aku nak umumkan yang aku dah tamat zaman PLKN nie.. Yess ! Im freedom starting from now.. I'm so happy but in the same time Im still sad because Im forced to leave all my friends, teachers, also the place Kem PLKN Geo Kosmo :/
Hmm, siapa kata zaman PLKN nie zaman menyeksa kan ? That's not true okay.. Totally not..
Bak kata pepatah " Belum cuba, belum tahu " . So what do you expect.. just go and take your experience..
Im very sure that you'll never regret for that ^^
Mula mula pun memang aku asyik bersangka buruk je dengan PLKN nie, tak habis habis -ve thinking, sampai bermacam macam idea lah timbul yang aku rasa aku nak buat ect : nak kahwin contract 3 bulan lah, nak beranak cepatlah lepas kahwin, nak tipu ada penyakitlah, hahah bila ingat balik sumpah kelakar seh.. nak mengelat punya pasal kan ? nak nak lagi aku nie Pelatih Kemasukan Semula ( Penangguhan laa cerita dia ) :O
tapi... apa yang berlaku sekarang setelah aku tamat latihan, aku sendiri tak menyangka..
perubahan demi perubahan aku alami.. dari segi luaran dan dalaman..
But, Im swear PLKN is the best part in my life, the best memories ever I never dream before this..
Im so glad because Im chosen to join it for 3 months.. Hehehe..

Okay, stop for my broken English, sekarang aku nak berbahasa Malaysia plak.. Hee, almaklumlah
anak kacukan (Philippines+N.9) kan.. ekekekek.. * gedik japp

Semasa di PLKN, pelbagai benda baru aku pelajari, pengalaman berharga, dll.. memang susah nak
digambarkan dengan kata kata, tapi itulah hakikatnya..Di PLKN juga, aku dapat membe berbangsa
'Orang Asli' (Aini & Roslina) > they're the best friend (OA) that I never get before this :)
Then, aku ada sorang membe yang paling rapat dengan aku iaitu Teennggggg >> Eika Zulkifly << 
hewhew, entah macam aku boleh rapat dengan dia, just yang aku ingat masa 1st or 2nd week tu 
aku nak tukar spike boot, then dlm masa yang sama dia pun 'have the same problem', spike boot
kami terkoyak or dah season  macam tu lah ceritanya ! So starting from that lah kot, kami 
jadi rapat serapat rapatnya. muahahahaha ^^,
Dia suka panggil aku Yana Senyum :) haha, semuanya bermula dengan tag nama aku masa kelas
MPK tu. hihi
Mana ada Eika, mesti ada aku begitulah sebaliknya kot.. But, kami tak pernah sekelas (sedih jap) :3
Tak ada rezeki kot, ke tak ada jodoh ? hahah. Sampai cikgu cikgu pun perasan dengan
kami berdua. She's the best sister for me at PLKN eventhough just TUA setahun dari aku
(*jangan marah, nanti makin berkedut, haha)
Dia aktif bersukan, tak macam aku. Buta kuali antarabangsa punya ! Semua permainan
pakat tak reti nak main haa. Just badminton je aku taw :/
kalau dia, bola jaring pandai, bola tampar pandai. Hmm bangga jap dengan dia. Dah lah panjang dari aku
(*Ini tidak adil - tetiba :-P) Hahaha, apa lagi nak cerita pasal budak comel nie ?
Hmm, dia nie seriously comel sangat, senyum tak sudah. Entah hapee yang disenyumnya, hanya
dia yang tahu. Hahah, jangan marah ye kakak Eika :*

About the kem, environment okay lah, not bad.. Dewan makan pun best ( tempat semua pelatih
melangok setiap weekend bagi yang parents tak datang ).
Dorm pun okay, kami wirawati Alpha dorm P1&P2 bergabung.. mula mula tu tersangatlah
tidak best sebab terpaksa pindah, even dekat pun but nak mengangkat barang barang tu..
pheww -____________-
but, after that okaylah, best jugak ramai ramai.. bersyukur sebab dah boleh biasa kan diri dengan
keadaan di P1.. Next, pasal padang kawad pun okay, luas pun luas..Setiap pagi ada aktiviti senam seni
lah, senamrobik lah dll. Aku tak mention sgt pasal senam senam nie sebab aku join 1 program nie..
"PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT" terbaik lah program nie even pada mula nya aku tak minat !
Apa yang ada dengan program nie ? nanti bila bila aku story kay.
Then, pada waktu petang macam macam aktiviti&kelas antaranya >> TTS, latihan kawad, kelas
navigasi, latihan fizikal (kembara halangan, tali tinggi, tali rendah) dsbnye.. then kitaorang ada
aktiviti riadah - main lah apa nak main masa tu, ada yang ke bumi hijau untuk bercucuk tanam menabur baja bagai..Kawad paling best sebabnyaaaa > Nah ! muka aku jadi kuda belang :3 <
bukannya senang nak hilangkan nie, tapi takpelah.. orang kata, kalau tak berbelang@hitam bukan
PLKN namanya.. so aku redhaa.. huu... Tempat paling best aku suka pergi ialah ke.....................
>>>>>>MEDIK<<<<<< hahaha, yess medik.. tempat cek&amek ubat free..
kebetulan plak 2 minggu nak tamat latihan aku asyik sakit je (demam memanjang) start dari petang nak
buat persiapan ke WIRAJAYA esoknya.. Taknak banyak plak dapat ubat petang tu.. Masa pagi
tu aku anta Eika ke medik sebab selsema dia agak teruk masa tu. Petang tu turn aku pulak, tetiba
cek ada demam plak.. tapi, masa ceramah pagi tu memang dah rasa lain macam badan aku, panas sejuk je.
Yang paling sedih, cikgu nurse tu tah apa nama aku lupa pulak, dia kata dia tak bagi green light 
untuk aku join wirajaya esoknya.. pheww, terasa nak sihat aku time tu, hahaha..
malam tu selsema makin teruk & aku tak expect yang aku larat nak join esoknya, but Alhamdulillah
dengan kuasa Allah, aku dah okay cket pagi esoknya.. aku gagahkan diri jugak nak join
even rasa macam tak larat je.. masa dekat dewan dengar taklimat tu aku dah bersin bersin macam
orang gila, masa tu rasa nak pergi medik je, but nanti dah kompem kompem lah aku kena tahan & tak
boleh nak join wirajaya.. No !! that's the part yang paling aku tunggu tunggu dalam PLKN..
Aku bertahan je masa tu, sampai lah time nak ke hutan tu hujan agak lebat, so cikgu terpaksa
menunggu hujan reda dan memandangkan masa tu waktu macam dah agak lewat, kami semua kena
jugak redah hujan tu menuju ke hutan.. so starting from that, apa lagi.. lagi lah bertambah tambah not feeling well aku.. asyik headache je sepanjang hari tu, dari start pasang khemah sampai lah ke solat zohor then pertolongan cemas semua tu.Sempat plak aku telan panadol sblm start pertolongan cemas tu, takut takut kang aku plak yang pengsan, haha. diaorang semua suruh aku rehat sebab masa tu aku rasa betul betul tak larat, tapi aku macam serba salah plak.. yelah, semua aktiviti aku tak dapat join termasuklah pertandingan memasak, memancing.. so aku gagahkan diri jugak masa tu, alhamdulillah Alpha dapat tempat ke-2 tak silap aku lah..

**I think sampai di sini sahaja dulu, aku akan sambung part 2 okay :D
Im yawn  & so sleepy right now.. Penat settlekan hal hal kemasukan ke politeknik..
--------------------Good Morning all's--------------------
Assalammualaikum ^^

Comments

Popular posts from this blog

Firstly, Secondly, Thirdly

2 IN 1 Story =>

New Lappy, Syukran Bunda Roslina =*