Unexpected Celebration Birthday =D

Assalammualaikum.. Firstly, Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memanjangkan usia aku sampai ke hari ini.. In sha Allah, dalam sejam setengah lagi, aku akan menjangkau ke umur.. tetttt... rahsia lah, tapi
yang penting dalam awal 20-an.. (8 March 2014>> Esok) hehe.. Apa yang penting dekat sini ialah, aku merasa sangat bersyukur
dan bahagia duduk dekat poli nie even jauh dari rumah, apatah lagi my lovely parent n family =/
Hmm, so far, nie kali ke-2 aku update lepas aku bergelar pelajar Politeknik Muadzam Shah..
Orang kata, bergelar pelajar nie bukan perkara yang mudah dan memang banyak dugaannya.. dan itulah
yang sedang aku hadapi sekarang nie.. Tapi nak ke taknak terpaksa lah hadapi dengan senyuman kan..
huu.. okay, sepanjang dekat sini, banyak benda yang belajar, banyak perkara yang mematangkan diri aku,
yang membuatkan sedar akan erti "tanggunggjawab".. Pasal HOMESICK ? Itu wajiblah bagi semua
student kan ? Tak kira laa poli ke, U ke, kolej ke, sekolah ke.. Tapi, bila lagi kan kita nak jadi seorang
yang berdikari ? Ye takk.. Hmm.. Last aku balik dari rumah ke poli masa 8/2/2014 tu.. sampai lah ke hari nie, dan esok genap sebulan aku dekat sini.. Hujung bulan 4 lepas final baru aku dapat menjejakkan kaki
ke rumah tercinta. Oh Ya ALLAH ='(
Okay, point yang aku nak cerita malam nie ialah pasal Unexpected Celebration Birthday =D..
Semuanya bermula dengan hari Isnin (03 March 2014).. Hari yang aku tak pernah sangka sepanjang aku
dekat poli nie.. Malam sebelumnya tu, Emy ada call aku.. Dia ajak aku pergi jalan jalan esok harinya lepas
kelas, katanya nak release tension & sajalah jalan jalan.. Diaorang nak sewa kereta katanya, huhu..
Aku pun layankan jelah, sebab bukannya selalukan.. Then keesokkan harinya, lepas kelas tu, Emy n Syaza
pun pergilah bandar sebab nak pergi amek kereta sewa tu.. Masa tu ada sekali membe lelaki
(Safwan, Arif, Fizi n Bala), diaorang pun join sekali & 2 buah keretalah senang cerita..
The sadness part ialah masa ayah tetiba call sebelum aku turun dari Kamsis.. Ayah bagitahu yang mama cakap dekat dia, aku nak keluar, sewa kereta semua.. Then ayah memang tak bersetujulah, dia
beberapa kali pesan dekat aku, jangan pergi sebab bahaya.. Lagi lagi kalau baru baru dapat lesen, so aku memang akur jelah masa tu.. Takkan nak melawan plak kan ? Tapi dalam masa yang sama, of courselah
aku nak ikut.. Then, dalam otw nak ke HEP, aku jalan dengan Myra & kitaorang ke HEP jumpa
Hani n Shu.. Aku memang mati akal dah nak bagitahu diaorang macam mana masa tu, tapi Myra dah
tahu dah, Myra berkali kali minta nombor ayah, tapi aku berkeras hati taknak bagi sebab aku takut ayah marah & fikir yang bukan bukan nanti.. then aku bagitahu jugaklah Hani n Shu, diaorang pun bermati-matian pujuk aku sampai lah ke pak guard tu.. Then aku call mama, cakap yang ayah tak kasi pergi, mama pun kata tak payah sebab dia rasa tak sedao hati.. Lagilah bercampur baur perasaan aku.. dengan sedih semua lah..
Bila Emy n Syaza sampai je, Emy pun keluar kereta ajak kitaorang semua naik..
Perasaan aku dah bercampur baur dah masa tu, dengan nak ikutnya tapi dalam masa yang sama aku
kena akur kehendak ayah n mama.. Emy dengan tak semena mena call ayah, then cakap yang dia
nak ajak aku keluar, aku masa tu dah nangis nangis dah.. heheh =P sampai Emy suruh aku cakap
dengan ayah pun aku taknak n rasa tak boleh sampailah aku dengar ayah cakap "boleh pergi,tapi hati hatilah,bahaya,bukan tak bagi pergi"..
Then baru lah aku rasa sedap hati sikit, tapi tak jugak sebab mama tak tahu pun aku pergi..
Kira takde redha mak aku lah sepanjang aku pergi tu.. Dan awal perjalanan tu jugak aku habiskan 
sisa sisa tangisan aku tadi.. Hahah, kelakar je masa tu.. Sumpah tak boleh blah.. Hmm..Hahahaha ^___^
Lepas je tayar kereta bergolek, kitaorang pun singgah dekat kedai makan nie, aku tak pasti
area mana sebab aku memang tak tahu pun tempat tempat dekat Muadzam nie.. Masa tu duduk 2-3 meja kitaorangs semua dengan membe lelaki.. Aku macam biasa, dengan muka mintak kaki dekat depan semua orang..
Hahahah, senyap je aku masa tu sebab rasa tak selesa lagi nak ikut walaupun memang aku dah ikut =="
Lepas makan tu, bergeraklah kitaorang ke tempat kejadian, "TASIK AIR BIRU" tak silap aku yang Emy
bagitahu.. Sampai dekat situ dalam pukul 3 lebih p.m.. SubhanALLAH..Sumpah ! Cantik sangat
sangat tempat tu, first time dalam hidup aku nampak pemandangan macam tu..
Its Amazing ! I like it very much...ALLAHUAKHBAR, indah sungguh ciptaanMu Ya Allah..
Aku rasa bersyukur sangat sebab di beri peluang tengok tempat secantik tu, rasa macam dekat luar negara..
Seriously aku cakap, sesiapa yang tengok for the first time, mesti rasa teruja gila..
Then macam biasa lah aku, Shu n Hani akan berposing posing, hehe.. Yang diaorang semua agak 
jauh dari kitaorang.. After dah posing posing tu, Emy n Arif pun datang, yang Arif rakam rakam masa tu.. Then aku demand nak amek gambar dengan Emy, Shu n Hani.. Then Emy ajak lah ke tempat kejadian..
Kitaorang semua pun bergerak lah ke sana.. Aku pun entah kenapa masa tu jalan pandang depan je, langsung tak perasan diaorang ada tunjuk tunjuk apa ke benda yang letup letup tu..
Sampai je dekat dengan Safwan semua tu, aku ternampak Myra pegang kek, hahaha.. Kantoi dah dekat situ =P then Myra pun reverse ke belakang sikit n aku pun pura pura tak nampak lah.. Hahahha poyo jee..
Then Syaza n Myra bawak datang kek tu dekat aku.. N all of my friend says " Happy Birthday Yana" !!!!!
Ya ALLAH, terharunya aku rasa masa tu.. tak tahu nak kata apa, memang sedih gembira semua adalah..
dan mengalir lagi lah airmata for the second time hari tu.. Huhuhu, malu je nangis depan lelaki.. Aku tak sangka diaorang buat kejutan yang macam tu.. Siap ada 2 kek lagi, hehe, 1 round shape, n 1 lagi petak.. thanks a lot kauorang, sedap sangat kek tu.. sedap gila, dengan snek snek, air gas semua.. aku takkan pernah lupa semuanya tu.. Aku bersyukur sangat sebab even family aku jauh dekat sana,
still ada kawan kawan yang boleh happykan aku.. Takde apa yang dapat aku ucapkan melainkan
Alhamdulillah dan thanks sesangat.. Aku tak sangka birthday aku yang ke-21 tahun nie, aku dapat
sambut dengan rasa meriah lagi lagi dengan classmates aku (Shu, Hani, Emy, Syaza, Myra, Safwan, Arif, Fizi n Bala).. For the first time sambut dengan classmates lelaki (Poli) even belum 1 sem pun kenal..
Hari yang takkan pernah aku lupakan sampai bila bila.. (03/03/2014-Isnin)
Terima kasih Ya Allah, sebab kurniakan aku sahabat sahabat yang ingat kepada diriku.. Jadikanlah seperti mereka, yang tidak pernah lupakan sahabat sahabat aku.. Semoga aku juga seperti mereka.. Aku berharap kami semua akan menjadi sahabat selamanya sehingga ke JannahMu.. In sha Allah.. Aminnn Ya Rabb.. 
And the last, kesian dekat EmyCukCuk sebab dia kena elergik sebelum kitaorang balik tu.. Sampai ke
Hospital Muadzam perginya, dah sampai ramai plak orang.. Hahaha, adoii.. Sabar jelah, at last balik jelah
kitaorang.. Hmm, aku rasa cukup setakat nie aku berleter, panjang lebar dah nie memandangkan jam dah
menunjukkan 11.52pm, hehehe.. berdebar plak aku rasa nak ke umur 21tahun nie.. hehehe.. Good Bye n Selamat Malam.. Assalammualaikum =D

Comments

Popular posts from this blog

Firstly, Secondly, Thirdly

2 IN 1 Story =>

New Lappy, Syukran Bunda Roslina =*