Melayang Entah Ke Mana -,-"

Aku pun tak tahu apa motif aku nak update pagi nie (1.25a.m).. Disebabkan semalam (11/5) adalah Hari Ibu Sedunia, so belum terlambat untuk aku ucapkan " SELAMAT HARI IBU buat MAMA aku yang disayangi dan tiada galang gantinya" =)
Adik still need you sampai bila bila, even adik dah berumahtangga dan beranak pinak. Mama adalah everything to me, and Ayah sebagai ' support ' kepada Mama untuk membesarkan aku sehingga ke hari ini, dengan segala ilmu dan keperluan yang aku miliki..
Adik takkan sia siakan Mama dengan Ayah..That's my promise until I die..
Tanpa kauorang, adik takkan kenal dunia nie dan takkan pernah merasa erti kehidupan..
Terima kasih kerana membahagiakan adik sepanjang 21 tahun nie, bukan kekayaan @ harta yang adik mahukan, cuma kasih sayang tidak berbelah bagi dari Mama dengan Ayah..
# The only word I want say : <3 you both than myself. 
(Keluar pulak airmata nie, hahaha poyo)

Actually, aku juga agak terkejut dengan berita yang aku dengar pagi tadi lepas 
bangun tidur iaitu berita kematian seseorang (meninggal kemalangan motorsikal) yang duduk berdekatan dengan apartment aku ="(
Aku kenal muka arwah, dan entah kenapa fikiran aku betul betul terusik sejak
kejadian tu.. 
Macam asyik terfikir fikir dan fikiran aku mula melayang jauh.. Aku mula berfikir,
macam mana lah kalau aku pulak nanti ?
 YA ALLAH ! AKU BELUM BERSEDIA =(
Hati aku macam sedih sangat, aku pun tak pasti apa aku fikir sekarang nie, 
lagi lagi bila dengar lagu nasyid.. Rasa nak mengalir je airmata nie..
Terlalu banyak dosa aku kepada ILAHI.. Aku selalu mengharapkan agar aku yang pergi 
dulu sebelum Mama dengan Ayah.. Aku tak sanggup nak menghadapi apa 
jua keadaan.. Aku tak kuat dan tak tabah.. Tapi aku yakin, 
mereka kuat untuk hadapi segalanya sebab mereka adalah ibu dan bapa yang terbaik
yang pernah aku ada seumur hidup aku =D
Aku takut untuk kehilangan orang orang yang aku sayang dan rapat dengan aku..
Tapi aku tahu, ALLAH telah menetapkan segalanya, dan kita sebagai hamba harus redha dengan
ketentuanNYA.. 
Lebih baik mengingati mati, agar jiwa kita nie sentiasa bersedia untuk menghadapinya pada bila
bila masa..
Aku sebagai hamba hanya menurut apa sahaja kehendak yang ESA, sebab segala ketentuanNYA adalah
yang terbaik.. Mungkin aku rasa begini sebab Khamis nie (15/5/2014) 
keputusan akhir aku nak keluar.. Aku berharap dan berdoa pada ALLAH agar 
aku lulus kesemua subjek.. Aku taknak hampakan Mama dengan Ayah..
Hati aku mulai tak tenang, aku telah berusaha semampu mungkin YA ALLAH, dan 
bertawakal kepadaMu saat ini..
Aku mohon kepadaMu YA ALLAH.
**Jika aku mendapat keputusan yang bagus, jangan Engkau mendatangkan rasa bongkak,
riak dan bangga dengan keputusanku..**
&
**Jika aku mendapat keputusan yang kurang memuaskan, Engkau datangkanlah rasa syukur 
dengan apa yang aku perolehi, dan jauhilah aku dari sifat putus asa..**
Aminnn Ya Rabbb... 
In Sha Allah, semoga ALLAH mempermudahkan segalanya pada hari Khamis nie..
^____________________________________________________^


<3 You both until Im die..

Comments

Popular posts from this blog

Firstly, Secondly, Thirdly

2 IN 1 Story =>

New Lappy, Syukran Bunda Roslina =*